Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa reputasinya sebagai anggota politik tercalar disebabkan status bergambar yang dimuat naik Ridwan Abu Samah di dalam facebook miliknya, tahun lepas.

Ab Rauf, 56, berkata bekas Ketua Pendaftar Bahagian Masjid Tanah, Melaka di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memuat naik status dan status bergambar dalam facebooknya atas nama ‘Wan Motor’ dan ‘Pbbm Masjid Tanah’, masing-masing pada 11 Dis dan 12 Dis 2016.

Katanya penerbitan status dan status bergambar itu turut menyebabkan reputasinya sebagai Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah tercalar dan menjadi perbualan antara anggota UMNO dan penduduk di kawasan berkenaan.

“Ia turut memberi kesan negatif kepada kepimpinan saya seolah-olah saya tidak layak memegang jawatan sebagai pemimpin,” katanya ketika menjawab soalan peguam yang mewakilinya, Datuk Mohd Hafarizam Harun pada hari pertama perbicaraan kes saman terhadap Ridwan atas dakwaan memuat naik status dan gambar yang memfitnahnya.

Ab Rauf selaku plaintif berkata status yang dimuat naik oleh Ridwan, yang juga anggota PPBM itu adalah tidak benar dan menimbulkan fitnah ke atas dirinya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.