PNOM PENH – Kemboja melarang tayangan filem Kingsman: The Golden Circle kerana filem itu memberi gambaran buruk terhadap negara tersebut.

Keputusan itu dibuat minggu lepas oleh pihak berkuasa tempatan setelah mendapati filem sekuel itu tidak boleh diterima masyarakat tempatan.

“Filem itu menggambarkan Kemboja sebagai lokasi pengganas dan banyak menimbulkan masalah kepada dunia,” jelas pihak berkuasa.

Kingsman: The Golden Circle merupakan filem aksi komedi tentang organisasi penyiasat British-Amerika yang menyiasat mengenai kartel dadah.

Kartel ini menjadikan kawasan kuil dalam kawasan hutan di Phnom Penh sebagai lokasi persembunyian.

Sementara itu, pengedar filem berkenaan menyifatkan keputusan larangan itu sebagai “kebudak-budakan”.

Sehingga kini filem ini mencatatkan kutipan berjumlah $261juta untuk tayangan seluruh dunia sejak bulan lalu -Malaysia Gazette