Collafair Coffee dapat membantu mengatasi masalah kecantikan dan kesihatan dalaman bagi jangka masa panjang.

KUALA LUMPUR – Realitinya hari ini, tidak boleh dinafikan minum kopi menjadi antara tabiat minuman bagi lelaki atau wanita tanpa mengira masa.

Bagi peminat kopi, ia menjadi minuman kegemaran kerana dikatakan boleh memberi tenaga dan menyegarkan badan yang lesu.

Namun seiring dengan peningkatan usia, minuman kopi perlu diubah kepada kandungan lebih sihat memandangkan perubahan hormon serta fizikal dalam badan yang semakin berkurangan.

Lebih-lebih lagi menjelang usia 25 tahun ke atas, kolagen semula jadi di dalam badan juga akan berkurangan. Tatkala usia mencecah 40 tahun, kesan kedutan, jeragat dan sebagainya akan kelihatan.

Justeru, gaya hidup perlu diubah antaranya dalam pemilihan makanan dan minuman.

Terbaharu minuman kopi jenama Collafair Coffee dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kecantikan dan kesihatan dalaman bagi jangka masa panjang.

Pengasasnya, Nurul Aishah Md. Taha berkata, kebanyakan wanita memang menggemari minuman kopi  namun memikirkan usia semakin meningkat, perubahan itu perlu dilakukan agar seiring dengan kesihatan dalaman.

Katanya, Collafair Coffe merupakan kopi percampuran berkualiti premium yang diadun khas semata-mata untuk kecantikan terutama kesihatan dalaman wanita.

“Ia formula menggunakan kopi arabika dengan gabungan herba moden tradisional seperti marin kolagen, vitamin C, ekstrak sarang burung walit, ekstrak tomato, betik, madu, kurma dan habatussauda.

“Pemilihan kopi arabika ini berlainan daripada kopi biasa memandangkan ia kurang kafein. Justeru ia berupaya memberi tenaga dan mengelak masalah kelesuan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Bukan itu saja, memandangkan kopi ini mempunyai campuran kolagen, secara tidak langsung ia memberi kesan pencerahan seluruh badan, bergantung kepada tubuh masing-masing.

“Pengambilan secara konsisten setiap hari dapat melembutkan dan menghaluskan kulit supaya kelihatan berseri dan gebu tanpa cela. Jadi, wanita bolehlah bertukar kepada kopi ini yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan badan,” katanya.

Sementara itu, Collafair Coffee yang dikeluarkan Adara Global berharga RM50 untuk satu kotak dan RM90 bagi dua kotak.

Setiap kotak mengandungi 20 sachet Collafair Coffee. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast