Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan memberi tepukan kepada barisan pelakon teater Bahara Emas selepas menyaksikan pementasan teater tersebut di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyaksikan Teater bertajuk ‘Bahara Emas’ di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, malam ini.

Persembahan pentas anjuran sulung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mengisahkan kisah pada era pemerintahan Sultan Melaka kelapan Sultan Mahmud Syah, yang menampilkan elemen seperti rasuah, hasad dengki dan fitnah yang berlaku pada zaman itu.

Hadir sama menyaksikan teater yang memuatkan mesej antirasuah itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Teater arahan Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Rosminah Tahir berdurasi kira-kira dua jam membariskan hampir 50 pelakon antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Esma Daniel, Farahdhiya, Nor Zizi Zulkifli, Izzue Islam dan Mubarak Majid.

Persembahan empat hari yang berakhir hari ini itu dipentaskan sempena sambutan 50 tahun SPRM dan merupakan hasil kerjasama Ctra Production, DBP, Istana Budaya dan Aswara.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast