KWSP
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai simpanan persaraan, demikian menurut kaji selidik global.

Malaysia mendapat skor C dalam edisi kesembilan Indeks Persaraan Global Melbourne Mercer di hadapan kebanyakan negara Asia lain dengan nilai indeks meningkat dari 55.7 pada 2016 kepada 57.7 pada 2017.

Indeks tersebut mengukur 30 buah negara yang merangkumi 60 peratus populasi dunia dengan edisi tahun ini menggalakkan negara-negara yang tidak mempunyai sistem persaraan lestari untuk mengambil tindakan segera.

“Malaysia mempunyai kemudahan persaraan dengan beberapa ciri bagus namun terdapat risiko-risiko besar yang perlu ditangani sebelum kita boleh berubah kepada penarafan B atau A.

“Perubahan-perubahan tersebut adalah penting kepada kemampanan dan keberkesanan jangka panjang sistem tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mercer Malaysia, Hash Piperdy.

Katanya, sistem persaraan awam akan semakin mahal pada masa akan datang dan masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai akses kepada sebarang bentuk simpanan persaraan.

Tambah beliau, sepatutnya terdapat paras sokongan minimum kepada individu paling miskin dan insentif yang lebih besar kepada industri dan kumpulan masyarakat untuk mewujudkan Skim Persaraan Swasta (PRS).

Menurut indeks berkenaan, Denmark kekal di tempat teratas dengan skor keseluruhan 78.9 di hadapan Netherlands dan Australia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.