KUALA LUMPUR – AirAsia melancarkan snek baharu, Onigiri atau nasi kepal Jepun dengan pelbagai inti yang lazat di dalam penerbangannya.

Onigiri dibuat daripada nasi Jepun istimewa dengan pelbagai pilihan jenis inti seperti salmon panggang, salmon teriyaki, tuna mayo, salmon salai atau sayur-sayuran, dibalut dengan rumpai kering, disaji dengan Sup Miso sebagai satu kombo.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, makanan Jepun ini dikenali di seluruh dunia kerana kesederhanaanya.

“Kami memperkenalkan snek baharu Onigiri yang ringkas tetapi berkhasiat untuk semua. Ia adalah makanan versatil yang boleh disesuaikan dengan citarasa tempatan,” katanya di sini.

Onigiri hanya boleh ditempah di dalam penerbangan sahaja dengan hanya RM10 dalam penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan penerbangan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) ke semua destinasi AirAsia. – MalaysiaGazette