KUALA LUMPUR, 26 Okt -- Aksi Pemain Golf dari New Zealand Lydia Ko pada pusingan pertama di Kejuaraan Sime Darby LPGA Malaysia 2017 di TPC Kuala Lumpur. Lydia Ko mendahului pusingan pertama hari ini dengan melakukan 7 dibawah Par 64. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Bekas pemain No.1 dunia, Lydia Ko mencatatkan tujuh bawah par 64 untuk mendahului pusingan pertama Kejohanan Golf LPGA Malaysia bernilai US$1.8 juta (RM7.62 juta) di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Pemain New Zealand itu memiliki kelebihan satu pukulan ke atas pencabar terdekat,Oh Su-hyun, iaitu pemain kelahiran Korea Selatan dari Australia.

Juara bertahan, Feng Shanshan dari China, Madelene Sagstrom (Sweden) dan pemain Korea Selatan, Ji Eun-Hee, ketinggalan dua pukulan daripada pendahulu apabila berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan catatan lima bawah par 66.- BERNAMA