Drama Pesan Dari Tuhan arahan Erma Fatima merangkul Anugerah Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 03 NOVEMBER 2017
KUALA LUMPUR – Drama “Pesan Dari Tuhan” dinobatkan Drama Terbaik manakala pengarahnya, Erma Fatima diumumkan Pengarah Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) malam tadi.

Drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd itu mengetepikan 17 drama lain yang turut dicalonkan bagi kategori tersebut.

Pesan Dari Tuhan juga meletakkan Erma Fatima sebagai pemenang bagi Lakon TV Terbaik dan Remy Ishak sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Dalam pada itu, filem Hanyut arahan U Wei Haji Saari merangkul filem terbaik selain turut memenangi tiga kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik (Khalid Salleh), Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik (Diana Danielle).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya Erom hadir sebagai tetamu kehormat. Turut hadir ialah Pengerusi Media Prima, Tan Sri Ismee Ismail.

Sebanyak 33 anugerah dipertandingkan pada ASK17 yang bertemakan ‘Mencipta Fenomena’ kali ini dan anugerah ini disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Berikut ialah senarai penuh pemenang ASK17:

1. Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan

2. Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima ( Pesan Dari Tuhan)

3. Pelakon Lelaki Drama Terbaik: Hasnul Rahmat ( Kapcai Ayah)

4. Pelakon Wanita Drama Terbaik: Fasha Sandha ( Terima Kasih Ramadan)

5. Lakon TV Terbaik: Erma Fatima ( Pesan Dari Tuhan.

6. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik: Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

7. Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik: Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

8. Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender (Orangetree Sdn Bhd)

9. Pelakon Komedi Terbaik: Elli Suriaty (Papa Sayang)

10. Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)

11. Rancangan Majalah Terbaik: Misi Kemanusiaan Pulau Cebu, Fillipina

12. Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Millenia 2017 (Akhir)

13. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31

14. Filem Terbaik: Hanyut

15. Lakon Layar Terbaik: U Wei Haji Saari (Hanyut)

16. Pengarah Filem Terbaik: U Wei Haji Saari (Hanyut)

17. Pelakon Wanita Filem Terbaik: Sangeetha Krishnasamy (Adiwiraku)

18. Pelakon Lelaki Filem Terbaik: Khir Rahman (Rock Bro)

19. Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik: Khalid Salleh (Hanyut)

20: Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)

21. Rekabentuk Set Terbaik:TV1- Rentak Juara ke-17 (Akhir)

22. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31

23. Videografi Terbaik: TV3 – Mahligai Cinta

24. Suntingan Terbaik: TV3 – Mana Kawan Adik

25. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung: TV3 – 3 Juara

26. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung: Anugerah Juara Lagu 31

27. Rancangan Dokumentari Terbaik: Jejak Rasul As Salam 2017

28. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini (TV3)

29. Laporan Khas Berita Terbaik :Buletin Utama ( Ulat Parkir) TV3

30. Rancangan Hiburan Terbaik: Melodi Raya 2016

31. Penyunting Drama Terbaik: Terima Kasih Ramadan (S.C. Elliot)

32. Videografi Drama Terbaik: Terima Kasih Ramadan ( Mahadi Said)

33. Drama Rantaian Popular Media Sosial: Pergilah Air Mata

— BERNAMA