Sebahagian Sek. Men. Keb. Datuk Haji Ahmad Said berjalan diatas meja untuk ke banggunan sekolah bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan banjir yang melanda kawasan Sg. Dua, Butterworth. foto SAFWAN MANSOR, 06 NOVEMBER 2017

GEORGETOWN – Bermula malam Sabtu, hujan lebat tanpa henti selama lebih 15 jam ‘menenggelamkan’ Pulau Pinang.

Banjir kilat kali ini diibaratkan bencana alam terburuk pernah berlaku di negeri tersebut, lapor akhbar Tamil Nanban.

lapran banjir buruk di Pulau Pinang dilaporkan muka hadapan akhbar Tamil Malaysia Nanban hari ini

Sistem perparitan dan longkang lama dan tidak terurus dikatakan punca kepada bencana luar biasa itu dan ia telah diakui kerajaan negeri.

Pembangunan pesat sedang dilaksanakan secara agresif di negeri tersebut, namun berapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan organisasi alam sekitar negeri itu mendakwa pemaju projek pembangunan gagal menyediakan sistem perparitan dan saliran yang sempurna mengeruhkan lagi situasi semasa.

Sistem saliran dan perparitan sedia ada dikatakan tidak cukup menampung aliran air banjir berkapasiti tinggi.

Ia dikatakan punca air di sungai dan parit melimpah sehingga meneggelamkan kawasan kawasan perumahan.

Exco negeri berkenaan, Chow Kon Yeow (gambar bawah) berkata, sebanyak 113 kawasan terjejas teruk.

Chow Kon Yeow

Akhbar yang sama juga melaporkan akibat banjir itu, kerajaan negeri menerima kritikan hebat daripada wakil rakyat dan NGO di Pulau Pinang sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bunga yang juga bekas ahli DAP, Teh Yee Cheu secara tegas mendakwa pembangunan pesat yang tidak terkawal punca utama kepada bencana tersebut.

Teh Yee Cheu

Beliau mendakwa kini tiba masanya untuk kerajaan negeri menilai semula kelemahan mereka dalam menguruskan negeri.

Inilah akibatnya jika kerajaan negeri bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan nasihat rakyat, dakwanya.

“Lihatlah sendiri wahai wakil rakyat pemerintah negeri ini apa sudah jadi kepada rakyat dan negeri ini, hampir pulau ini sudah tenggelam dalam banjir terburuk.

“Saya dan rakyat negeri ini berjuang habis-habisan mengenai pembangunan dilereng dan cerun bukit di pulau ini tetapi kami dilabelkan sebagai puak pemisah.

“Ini saat rakyat benar-benar perlu membuka mata dan menilai sendiri apakah kerajaan sedia ada ini yang perlu terus memerintah negeri ini, buatlah keputusan yang bijak nanti.

“Ini adalah saat menyedihkan untuk pulau pinang dan rakyatnya. Kawasan saya iaitu Tanjung Bungah tidak pernah dilanda banjir, tetapi kali ini banyak kawasan di DUN ini ditenggelami air,” katanya.

Beliau mahu kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Selain itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga membidas kerajaan negeri yang gagal menangani masalah yang sama lebih awal.

Dalam pada itu, Pengerusi CAP S.M. Mohamed Idris (gambar atas) berkata, selain hujan tanpa henti, projek pembangunan di lereng bukit dan secara rakus memburukkan lagi situasi.

“Pemerintah negeri jangan cuba berdrama kononya tiada mana-mana faktor di atas menjadi punca banjir buruk kali ini.

“Hentikan segera segala projek pembangunan di lereng bukit di negeri ini sekarang juga, saya mahu exco perumahan negeri bertindak segera tanpa beri alasan bodoh,” katanya.

Setakat ini, empat mangsa dilaporkan maut dalam kejadian banjir itu iaitu seorang di Butterworth, seorang dilaporkan telah hilang di Bukit Tambun, manakala tiga lagi disahkan maut dalam banjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast