BEIJING – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Beijing, Rabu petang untuk memulakan lawatan negara tiga hari ke China, lapor agensi berita Xinhua.

Ia adalah lawatan pertama Trump ke negara itu, sejak beliau mengambil alih jawatan presiden pada Januari, sekali gus menjadikan beliau ketua negara pertama yang melawat China sejak Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China.

Semasa di Beijing, Trump dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden Xi Jinping, selain bertemu dengan pemimpin China lain.

Kedua-dua pemimpin antara lain, dijangka berbincang mengenai isu-isu penting yang menjadi kebimbangan bersama untuk membina persetujuan baharu, meningkatkan persefahaman dan persahabatan, serta mempromosikan hubungan dua hala dalam semua bidang, kata wakil Menteri Luar Negeri, Zheng Zeguang.

Selain aktiviti rasmi, acara tidak formal juga akan diaturkan untuk presiden kedua-dua negara, kata Zheng.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast