PARIS – Sebuah lukisan warna Tintin dan rakannya yang merupakan seekor anjing, Snowy dilelong lebih euro 500,000.

Lukisan air yang menggunakan dakwat India yang dijual pada harga euro 505,000 memaparkan pasangan itu diiring pelayan peribadi di sebuah istana, lapor AFP.

Lukisan karya kartunis, Herge menghiasi akhbar terbitan 1939 secara bersiri dengan tajuk ‘King Ottokar’s Sceptre’.

Terbitan asal yang berwarna hitam dan putih dilakukan pada suplemen edisi remaja akhbar Belgium, Le Vingtieme Siecle, sebanyak lapan jilid memaparkan pengembaraan pemberita muda, Tintin.

Lelongan yang dilakukan oleh syarikat lelongan, Artcurial, itu merupakan sebahagian daripada penjualan koleksi Tintin termasuk lukisan asal, permainan dan patung yang berharga antara euro 600,000 hingga euro 800,000.

“Pada hari ini lelongan lukisan asal Tintin semakin sukar ditemui, khususnya (lukisan-lukisan yang dihasilkan) antara 1930an dan 1940an,” kata Eric Leroy, pakar karton di Artcurial.

Pencetus watak Tintin, Herge ataupun nama asal George Remi, memegang rekod lelongan lukisan karton asli.

Pada November lalu, Artcurial menjual lukisan bertajuk ‘Explorers on the Moon’, memecah rekod jualan lukisan karton tunggal pada harga euro 1.55 juta – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast