Foto Fad Bocey.

KUALA LUMPUR – Impian pelawak, Fad Bocey mendapat anak perempuan tercapai selepas isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat melahirkan cahaya mata di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Selangor, pagi semalam.

Fad berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiganya itu.

“Bismillahirahmanirrohim. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 November, hari Ahad yang bahagia ini, kami selamat menyambut puteri kami.

“Yeay, mommy dah ada kawan! Terima kasih mommy, love u so much @syaheeraarahman,” tulisnya di laman tersebut.

Sebelum ini, Nur Syahirah, 23, melahirkan anak kembar lelaki di pusat perubatan sama pada 11 Disember 2015 secara pembedahan.

Pasangan kembar yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan kini sudah berusia dua tahun.

Fad, 26, dan isteri berkahwin di Jitra, Kedah pada 14 Mac 2015. – MalaysiaGazette