Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Membanteras Dadah di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Seramai 702,319 pengedar dadah ditahan sepanjang tahun 2014 sehingga Oktober tahun ini dan ditahan di bawah Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.

“Daripada jumlah berkenaan, 21,731tahanan telah ditangkap di bawah Akta Berbahaya 39 B 1952, manakala King Teen seramai 68 orang, warga asing ditahan seramai 27,914 orang,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di Parlimen hari ini.

Menurutnya, hasil serbuan pihak berkuasa, sejumlah barang-barang rampasan dan disita termasuk hartanah pengedar dadah berjumlah RM346 juta manakala jumlah yang dilucutkan hak pula sebanyak RM46 juta.

Serbuan yang dibuat juga turut mengeledah sebanyak 106 makmal haram bagi memproses dadah jenis syabu, heroin, ecstasy dan eramin.

Tangkapan mereka yang mengendalikan makmal seramai 409 orang, katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast