Foto Instagram Nurulhidayah.

KUALA LUMPUR – Biasanya, kita mendengar kisah isteri bermadu ini teruk. Isteri-isteri tidak sebulu, asyik bergaduh.

Bukan apa, wanita yang hidup bermadu memang perlu dijaga hatinya. Dan bersyukurlah jika mendapat madu yang baik dan saling memahami.

Namun tidak dapat dinafikan hidup bermadu ada kalanya bahagia ada juga tidak. Lelaki yang melakukan poligami itu perlu bijak mengatur hidup agar wanita-wanita yang dikahwini itu mendapat kasih sayang sama rata.

Begitulah yang dapat dilihat kehidupan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah.

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya, boleh disimpulkan, beliau dan madunya kini hidup bahagia.

Mereka sentiasa pergi ke mana-mana bersama menemani suami mereka dalam suasana cerita.

Malah tidak keterlaluan disifatkan mereka seperti kawan yang akrab dan juga contoh hidup bermadu terbaik.

Foto Instragram Nurulhidayah.

Bukan apa, sebagai isteri kedua dan seterusnya, mereka kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama perlu diutamakan selain sentiasa bersihkan hati, berfikiran positif serta jangan cepat bersangka buruk.

Jadi suami yang mengamalkan poligami pun tidak pening kepala melayan kerenah isteri masing-masing.

Sementara itu, Nurul sah bergelar isteri kepada pasangannya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid al-Haram (Masjidil Haram) pada Jun lalu.

Nurulhidayah dan suami turut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, baru-baru ini.

Saiful pertama kali bertemu dengan Nurulhidayah pada awal Februari tahun ini atas urusan kerja apabila mereka terlibat dalam urusan perniagaan selepas kematian suami Nurulhidayah Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi pada Jun tahun lalu.

Ahli perniagaan itu meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan Nurulhidayah empat bulan lalu selepas mendapat persetujuan daripada ibu bapa Nurulhidayah.

Kedua-dua mereka secara khusus memilih tanah suci kerana percaya ia merupakan sebuah tempat yang istimewa sebagai menandakan detik penting mereka. – MalaysiaGazette

Foto Instragram Nurulhidayah.