Home Dunia Pendaki solo dilarang daki Everest

Pendaki solo dilarang daki Everest

Gunung Everest

KATHMANDU – Pendaki solo diharamkan daripada mendaki gunung-gunung di negara itu termasuk Gunung Everest bagi mengurangkan jumlah kemalangan.

Peraturan keselamatan baru itu juga melarang pendaki yang mengalami amputasi dan buta daripada mendaki puncak tertinggi dunia tanpa sijil perubatan yang sah.

Seorang pegawai pelancongan berkata, undang-undang itu telah disemak untuk memastikan keselamatan gunung dan mengurangkan kematian.

Sejumlah pendaki telah cuba mendaki Gunung Everest pada tahun ini tetapi percubaan-percubaan mencipta rekod berakhir dengan kemalangan.

Jumlah korban setakat ini adalah sebanyak enam orang, termasuk Min Bahadur Sherchan, pendaki yang berusia 85 tahun.

Beliau meninggal dunia dalam cubaan untuk menjadi pendaki tertua Gunung Everest.

Pendaki Switzerland yang terkenal di dunia, Ueli Steck, yang dikenali sebagai “Mesin Swiss”, juga meninggal semasa pendakian solo ke puncak tertinggi di rantau Everest.

Di bawah peraturan baru, pendaki asing perlu diringi oleh juru pandu.

Pihak berkuasa berharap peraturan baru ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pemandu gunung.

Keputusan Nepal untuk mengharamkan pendaki yang mengalami amputasi dan cacat penglihatan telah dikritik oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, ia kemudian dijelaskan melibatkan mereka yang tidak mempunyai dispensari perubatan.

Sebanyak 200 orang pendaki meninggal dunia ketika mendaki puncak gunung itu sejak tahun 1920 dengan sejumlah besar kematian berlaku sejak tahun 1980.

Kebanyakan mereka meninggal dunia disebabkan pelbagai sebab – lebih 20 peratus terbunuh disebabkan pendedahan akut penyakit gunung.

Menurut statistik yang diberikan Pangkalan Data Himalaya pada tahun 2015, setakat ini jumlah paling tinggi yang meninggal dunia disebabkan tergelincir (29%) dan jatuh sebagai penyebab utama kematian (23%). – MalaysiaGazette