melawat tapak kubu perlindungan bawah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir melawat tanah kubu Perang Dunia Kedua binaan tentera British dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Sdn Berhad (LTSAS) di sini, hari ini.-pix ihsan twitter MB Perak.

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi ingatan agar sebarang notis atau pengumuman terutama jika dibuat dalam bahasa Inggeris tidak sewajarnya diterjemah secara langsung atau menggunakan enjin terjemahan Internet ‘google translation’.

Beliau berkata sebarang notis atau pengumuman perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu bagi mengelak kesilapan, terutamanya bagi tujuan penggunaan di peringkat antarabangsa.

“Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kubu perlindungan bawah tanah perang dunia kedua binaan tentera British dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Sdn Berhad (LTSAS) di sini, hari ini.

Zambry mengulas insiden notis berbahasa Inggeris di pintu masuk Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini minggu lalu yang tular kerana mengandungi banyak kesilapan.

“Notis tersebut memberitahu orang ramai bahawa itu ditutup pada 30 dan 31 Dis berikutan masalah talian Internet dan penyaman udara, namun hampir kesemua ayat menggunakan tatabahasa bahasa Inggeris yang kurang tepat.- BERNAMA

Comments are closed.