Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian tetamu pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik di antara ZBRA dan Ambound Malaysia di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Demi memperkasakan ilmu pengetahuan dari aspek perniagaan sains dan teknologi, sebuah syarikat gergasi China, Persatuan Penggerak Perindustrian Jalur dan Laluan Zhongguancun menjalinkan kerjasama dengan Anbound Malaysia.

Kerjasama itu bagi membolehkan generasi muda khususnya di negara ini mendapatkan latihan di China menerusi Projek Cirrus.

Menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kesefahaman (MoU) itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berbangga apabila Malaysia menjadi negara pertama yang dipilih oleh Zhongguancun.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon bercakap kepada media pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik di antara ZBRA dan Ambound Malaysia di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2018

“Jadi program ini adalah mengenai membawa rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang terpilih akan dihantar ke Beijing untuk memasuki Zhongguancuan untuk dilatih di situ.

“Kerjasama ini memang saya alu-alukan sebab saya pernah dijemput untuk melawat Beijing tiga tahun lalu. Satu tempat seperti inkubator memberi peluang kepada golongan muda untuk melakukan penyelidikan dan perniagaan mereka.

“Jadi dengan bantuan daripada kerajaan dan syarikat swasta, golongan muda di negara mempunyai peluang cerah untuk mengadakan penyelidikan tentang barangan mereka khususnya yang berteknologi tinggi,” katanya ketika ditemui hari ini selepas MoU berkenaan.

Projek yang sama, jelas Sin Woon merupakan antara Dasar One Belt, One Road (OBOR) oleh Presiden Cina Xi Jinping demi pembangunan dalam masa yang sama dapat meluaskan kerjasama.

Dalam pada itu Wakil Ketua Anbound Malaysia, Dr. Edward Foo Loke Min berkata, latihan itu bakal dilaksanakan paling awal tahun ini atau selewatnya pada tahun 2019.

Tambah beliau, peluang keemasan itu turut dibuka kepada golongan bumiputera dan pelbagai kaum di Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon (kiri) menerima cenderamata dari Ketua Perwakilan Ambound Malaysia, Edward Foo Loke Min semasa Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik di antara ZBRA dan Ambound Malaysia di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2018

“Ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia walaupun tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina. Anbound boleh membantu mereka,” kata beliau. -MalaysiaGazette