MEXICO – Seorang wanita muda yang memandu kereta Uber dari Amerika Syarikat ditembak mati di Tijuanam utara Bandaraya Mexico.

Pertelingkahan dengan seorang lagi pemandu kereta di jalan raya didakwa punca kejadian itu, menurut pendakwaraya pada Jumaat.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Karla Garrufe, 21, meninggal dunia pada pagi Khamis selepas ditembak mati oleh seorang lagi pemandu kereta.

Suspek seorang lelaki disyaki menembak mangsa setelah kenderaannya dilanggar mangsa dari arah belakang, kata jurucakap mewakili pendakwaraya, Miguel Angel.

Saksi juga memberitahu bahawa sebelum insiden menembak berlaku perang mulut antara pemandu Uber dan juga suspek sebelum lelaki itu mengeluarkan pistol dan menembak Garrufe dan melarikan diri.

Suspek kini sedang diburu polis.

Dalam satu kenyataan, syarikat penyedia perkhidmatan teksi dalam talian, Uber memanjangkan takziah ke atas kematian pemandunya sambil menyifatkan insiden itu sebagai menyeramkan.

Menurut Uber, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Katanya, semasa kejadian menembak komunikasi mangsa dengan aplikasi Uber terputus.

Tijuana merupakan sebuah bandaraya yang terletak di sempadan California , kawasan panas dengan keganasan jenayah agak tinggi di Mexico pada tahun lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast