NEW YORK – Facebook Inc. mengharamkan iklan yang mempromosikan matawang kripto di rangkaian sosialnya dengan alasan mereka selalu dikaitkan dengan amalan promosi yang mengelirukan dan merosakkan.

Dasar tersebut mempunyai “definisi meluas” sementara Facebook masih berusaha untuk memahami iklan daripada syarikat-syarikat “yang ketika ini tidak jujur dalam operasi.”

Facebook dan produk-produknya yang lain termasuk Instagram tidak membenarkan iklan seperti ‘Gunakan simpanan persaraan anda untuk membeli Bitcoin!’ atau sebarang iklan yang mempromosikan perdagangan binari.

“Kami mahu orang ramai terus meneroka dan mempelajari mengenai produk-produk dan perkhidmatan baharu melalui iklan Facebook tanpa risau mengenai penipuan,” kata Facebook.

Masih terdapat ramai orang atau syarikat yang meraih dana menerusi tawaran awal syiling (ICO) tanpa mempunyai sebarang perniagaan yang jelas di belakangnya. – Agensi