Home Dunia Facebook disaman

Facebook disaman

Gambar hiasan

SAN FRANCISCO – Bekas pemimpin pembangkang Kemboja, Sam Rainsy mengambil tindakan undang-undang terhadap laman media sosial Facebook.

Permohonan yang difailkan di Mahkamah Daerah San Francisco, Amerika Syarikat menggesa Facebook mendedahkan maklumat akaun Perdana Menteri, Hun Sen sekali gus membuktikan bahawa pemimpin negara tersebut menggunakan akaun laman sosial milik mereka demi ‘mengenakan’ ahli politik.

Dalam masa sama Facebook didesak mendedahkan sama ada Hun Sen membeli jutaan ‘likes’ dan mengeluarkan ancaman bunuh yang melanggar dasar Facebook.

Hun Sen memerintah Kemboja selama 33 tahun dan tidak berdepan sebarang cabaran daripada pembangkang dalam pilihan raya tahun ini selepas pembubaran parti pembangkang terbesar negara itu, Parti Penyelamat Nasional Kemboja, pada November lalu.

Pemimpin itu juga dikatakan menggunakan Facebook sebagai alat penting untuk mempengaruhi orang awam.

Dalam pada itu seorang jurucakap Facebook yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung tindakan undang-undang tersebut. – MalaysiaGazette