Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

PULAU PINANG – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan yang dirinya akan terus mempersoalkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas projek terowong dasar laut.

Menurutnya, beliau akan terus membangkitkan mengenai tindakan SRPM itu yang disifatkannya berat sebelah atau dwi standard.

“Saya mempertahankan apa yang saya katakan (mengenai siasatan SPRM), sebelum ini SRPM mendakwa akan mengambil tindakan terhadap saya dan saya masih menunggu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menyifatkan SPRM cuba mempolitikkan kenyataan beliau berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya tahu mereka akan mengambil tindakan jika saya membuat kenyataan seperti ini, saya menunggu tindakan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng berterusan mendakwa wujud unsur berat sebelah atau dwi standard dalam siasatan SPRM terhadap kes terowong dasar laut.

Malah, beliau turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menerima RM3 juta untuk menutup siasatan SPRM tidak ditahan sama seperti ahli perniagaan yang didakwa menerima RM19 juta bagi tujuan sama.

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengingatkan Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelak apa yang diperkatakan menjadi satu fitnah.

Peringatan itu membabitkan kenyataan berhubung kes penjualan tanah di mukim Ijok, Selangor dan projek mega terowong dasar lautdi Pulau Pinang.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu sepatutnya memberi ruang kepada SPRM untuk membuat siasatan secara bebas untuk setiap kes kerana semua pihak mahu perkara ini diselesaikan dengan lebihprofesional dan SPRM juga tidak mahu ia berlarutan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast