Sebuah pesawat pejuang tentera udara Indonesia meminta pesawat awam dan meminta juruterbangnya mendarat selepas mendapat ia tidak mempunyai kelulusan untuk menggunakan ruang udara negara itu.

JAKARTA – Indonesia memperketatkan keselamatan ruang udaranya dengan memperkenalkan denda yang lebih berat kepada pesawat asing memasuki negara itu tanpa mendapatkan kelulusan yang betul.

Peraturan baharu ruang udara di bawah Undang-Undang Penerbangan 2009 menetapkan pesawat asing yang terbang menggunakan ruang udara Indoensia perlu mendapatkan kebenaran penerbangan selain kelulusan diplomatik dan keselamatan, yang mana kegagalan melakukannya akan menyaksikan mereka berhadapan dengan denda sehingga 5 bilion Rupiah (RM1.4 juta).

 

Kadar penalti baharu itu lebih tinggi berbading 60 juta Rupiah (RM17,000) yang dikenakan pada setiap pesawat yang mahu mengelak melakukan kesalahan, kata jurucakap Tentera Udara Indobnesia, Jemi Trisonjaya.

“Sebelum ini, pesalah hanya didenda beberapa juta Rupiah”, katanya kepada The Jakarta Post.

Beliau berkata, kebenaran itu adalah amalan standard dan selari dengan peraturan antarabangsa dan tentera udara tidak lagi akan teraga-agak untuk menolak permohonan yang tidak lengkapan dan permohonan yang telah tamat tempoh.

“Jika mereka mahu (memasuki), kami boleh meminta mendarat, seperti apabila sebuah pesawat cuba melalui wilayah Tarakan tanpa kelulusan pada 2015,” tambah beliau.

Pada Novemebr 2015, juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat, Leftenan James Patrick Murphy diarah mendaratkan pesawatnya di Lapangan Terbang Juwata di Tarakan, Kalimantar Utara.

Pesawat Cirrus-20 memasuki ruang udara Indonesia tanpa kebenaran dan dipintas oleh dua buah pesawat tentera udara.

Beliau dilaporkan mendapat kebenaran untuk terbang secara solo dalam sebuah pesawat awam dari Filipina ke Singapura tetapi memasuki ruang udara Indonesia. Beliau dibebaskan enam hari kemudian sekepas membayar denda sebanyak 60 juta Rupiah kepada Kementerian Pengangkutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast