Home Dunia Gajah pijak pelarian Rohingya cetus kebimbangan PBB

Gajah pijak pelarian Rohingya cetus kebimbangan PBB

Gambar hiasan

GENEVA –  Insiden 10 pelarian Rohingnya maut dipijak beberapa ekor gajah yang naik minyak beberapa hari lepas di sempadan Bangladesh mencetuskan kebimbangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam insiden tersebut, gajah-gajah terbabit sedang mencari makanan dan ‘naik minyak’ telah bertindak memijak sekumpulan pelarian Rohingnya.

Seramai 10 orang maut serta merta termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan beberapa pelarian lain.

Malah sebahagian kawasan perkhemahan pelarian turut mengalami kerosakan.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan tempat tinggal dan haiwan berkenaan yang bebas di kawasan tersebut.

Kira-kira 700,000 penduduk Rohingya di Myanmar dilaporkan melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak Ogos tahun lalu susulan kekejaman tentera yang disifatkan PBB sebagai kempen pembersihan etnik.

Kem pelarian dibina secara meluas di Cox’s Bazar terletak di sempadan Bangladesh, termasuk Kutupalong yang kini diisytiharkan sebagai kem pelarian terbesar di dunia.

PBB berkata, kehadiran gajah-gajah liar yang berada di kawasan sekitar tidak dapat dikawal.

Kawasan yang menempatkan kem pelarian Kutupalong sejak sekian lama menjadi habitat penting bagi gajah Asia.

Dianggarkan terdapat 40 ekor gajah yang sering berulang-alik di antara Bangladesh dan Myanmar untuk mencari makanan.

“Pada masa ini memang kawasan tersebut menjadi lintasan  gajah-gajah menyebabkan pelarian semakin tidak selamat,” kata badan dunia itu dan memaklumkan pertembungan antara manusia dan haiwan di situ tidak dapat dielakkan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast