Foto Instagram Ajak Shiro.

KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro dimasukkan ke hospital kerana kurang rehat kerana komitmen kerja yang tinggi.

Berita itu dikongsikan isteri Ajak, Afifah Amin menerusi laman Instagram pengacara Melodi itu.

Afifah turut memuat naik gambar suaminya yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Doakan kesihatan Baba yer.. Orang kuat kerja, akhirnya tewas di katil hospital. Kapsyen daripada Ibu #CTScan,” tulisnya ringkas.

 Difahamkan Ajak sempat melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi bersama Janna Nick semalam sebelum dimasukkan ke hospital.

Selain mengendalikan program siaran langsung Melodi setiap Ahad, Ajak juga merupakan penyampai radio HotFM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast