Home Ekonomi Penggunaan ICT tahun lalu meningkat

Penggunaan ICT tahun lalu meningkat

KUALA LUMPUR – Peratusan individu di Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang menggunakan Internet adalah 80.1 peratus pada tahun lalu meningkat 9.0 mata peratus berbanding 71.1 peratus pada 2015.

Malah, jumlah peratusan individu menggunakan komputer juga meningkat sebanyak 1.1 mata peratus daripada 68.7 peratus pada 2015 kepada 69.8 peratus pada 2017, menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, 97.7 peratus individu menggunakan telefon bimbit pada 2017 berbanding 97.5 peratus pada 2015.

Aktiviti utama penggunaan Internet pada 2017 adalah menyertai dalam rangkaian sosial (86.3%), memuat turun gambar, filem, video atau muzik; bermain atau memuat turun permainan (81.2%), mendapatkan maklumat barangan atau perkhidmatan (80.4%), memuat turun perisian atau aplikasi (74.5%) dan menghantar atau menerima e-mel (70.4%).

Menurutnya, aktiviti lain yang dilakukan oleh pengguna Internet adalah seperti perbankan Internet (37.6%) dan membeli atau membuat pesanan barangan atau perkhidmatan (e-Dagang) (23.2%).

Peratusan capaian isi rumah kepada Internet meningkat 15.6 mata peratus kepada 85.7 peratus pada 2017 berbanding 70.1 peratus pada 2015.

Capaian isi rumah kepada komputer meningkat 6.5 mata peratus daripada 67.6 peratus pada 2015 kepada 74.1 peratus pada 2017.

Peratusan capaian isi rumah kepada telefon bimbit juga meningkat 0.2 mata peratus kepada 98.1 peratus pada 2017 berbanding 97.9 peratus pada 2015.

Malah, jumlah peratusan individu menggunakan komputer juga meningkat sebanyak 1.1 mata peratus daripada 68.7 peratus pada 2015 kepada 69.8 peratus pada 2017, menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, 97.7 peratus individu menggunakan telefon bimbit pada 2017 berbanding 97.5 peratus pada 2015.

Aktiviti utama penggunaan Internet pada 2017 adalah menyertai dalam rangkaian sosial (86.3%), memuat turun gambar, filem, video atau muzik; bermain atau memuat turun permainan (81.2%), mendapatkan maklumat barangan atau perkhidmatan (80.4%), memuat turun perisian atau aplikasi (74.5%) dan menghantar atau menerima e-mel (70.4%).

Menurutnya, aktiviti lain yang dilakukan oleh pengguna Internet adalah seperti perbankan Internet (37.6%) dan membeli atau membuat pesanan barangan atau perkhidmatan (e-Dagang) (23.2%).

Peratusan capaian isi rumah kepada Internet meningkat 15.6 mata peratus kepada 85.7 peratus pada 2017 berbanding 70.1 peratus pada 2015.

Capaian isi rumah kepada komputer meningkat 6.5 mata peratus daripada 67.6 peratus pada 2015 kepada 74.1 peratus pada 2017.

Peratusan capaian isi rumah kepada telefon bimbit juga meningkat 0.2 mata peratus kepada 98.1 peratus pada 2017 berbanding 97.9 peratus pada 2015.- MalaysiaGazette