Home Dunia Sudan badak jantan putih terakhir mati

Sudan badak jantan putih terakhir mati

KENYA – Satu-satunya badak putih jantan utara yang ada di dunia mati selepas mengalami masalah kesihatan sejak berbulan-bulan.

Sudan, yang berusia 45 tahun, tinggal di Ol Pejeta Conservancy di Kenya.

“Sudan berusia 45 tahun dan kesihatannya telah merosot dalam beberapa minggu kebelakangan selepas jangkitan kaki yang teruk,” kata Ol Pejeta Conservancy dalam satu kenyataan.

Tambah pusat itu keadaan Sudan bertambah teruk dan ia tidak lagi dapat berdiri memaksa pasukan veterinarnya memutuskan untuk menyuntiknya.

Dengan kematiannya, hanya tinggal dua ekor badak putih betina yang masih hidup di planet ini.

Harapan untuk menyelamatkan baka badak putih kini bergantung kepada pembangunan dalam rawatan pembenihan in-vitro. – MalaysiaGazette