Home Dunia Gedung beli-belah terbakar, 37 terbunuh

Gedung beli-belah terbakar, 37 terbunuh

Kebakaran besar membabitkan sebuah gedung beli-belah di Kemerovo, Siberia yang mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang. foto Agensi

MOSCOW – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah gedung beli-belah di bandar Kemerovo, Siberia.

Berpuluh-puluh lagi mangsa termasuk kanak-kanak dilaporkan hilang.

Kebakaran itu bermula di tingkat atas Winter Cherry dan kebanyakan mangsa berada dalam panggung wayang.

Rakaman video turut menunjukkan beberapa individu bertindak terjun dari tingkap gedung berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Punca kebakaran belum diketahui dan pihak berkuasa sedangkan melakukan siasatan.

Kebakaran itu bermula sekitar pukul 5 petang di gedung beli-belah yang turut terdiri daripada kompleks hiburan.

Jawatankuasa Siasatan Rusia dalam kenyataan berkata, menurut maklumat awal dua bumbung runtuh dalam dua panggung wayang.

Yevgeny Dedyukhin, Timbalan Ketua Jabatan Serantau Kemerovo pula memberitahu, kawasan kebakaran seluas 1,500 meter persegi.

Sebanyak 13 mayat telah ditemui di salah satu panggung wayang manakala 120 orang berjaya diselamatkan. – MalaysiaGazette