Home Dunia Anak kapal Cathay Pacific boleh pakai seluar panjang

Anak kapal Cathay Pacific boleh pakai seluar panjang

Pakaian anak kapal wanita Cathay Pacific. foto SCMP

HONG KONG – Pakaian seragam kru kabin wanita Cathay Pacific akan ditukar kepada seluar panjang dalam tempoh tiga tahun selepas berjaya mengenepikan peraturan pemakaian skirt selama ini.

Syarikat penerbangan Hong Kong itu membuat keputusan tersebut selepas mengalami tekanan hebat oleh kesatuan.

Sebelum ini, KesatuanAnak Kapal Penerbangan Dragon Hong Kong menerima banyak aduan rasa ketidakpuasan hati anak-anak kapal wanita yang terpaksa memakai skirt pendek – menyebabkan mereka tidak selesa terutama ketika meletakkan beg di tempat bagasi di overhed atau ketika menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Bagaimanapun, perubahan itu tidak akan berlaku sehingga Cathay menukar pakaian seragamnya yang dijangka mengambil masa tiga tahun, menurut kesatuan itu.

“Kami mengalu-alukan dan menghargai keputusan syarikat. Perubahan ini bukan sahaja menyediakan kami pilihan tetapi perlindungan,” kata Pauline Mak, Naib Pengerusi Kesatuan Anak Kapal Penerbangan Dragon Hong Kong.

Cathay Pacific memperkenalkan skirt sebagai pakaian seragam syarikat itu sejak ia ditubuhkan pada tahun 1946.

Anak-anak kapal telah meminta syarikat itu menukar semula pakaian seragam itu pada tahun 2014 kerana pemakaian skirt merupakan satu provokasi kepada gangguan seksual.

Syarikat itu berkata, pakaian seragam akan diberi penilaian semula bagi kakitangan wanita Cathay Pacific dan Cathay Dragon. – MalaysiaGazette