Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

KUALA LUMPUR -Lim Guan Eng mengesahkan calon-calon DAP tidak bertanding atas logo roket pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sebaliknya menggunakan logo yang dipersetujui Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP itu mengakui, meskipun sukar untuk membuat keputusan itu tetapi parti tersebut akur dengan penggunaan logo yang telah diputuskan.

Bercakap di lobi Parlimen, Guan Eng berkata, keputusan itu  tidak tertakluk di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas sama ada Pakatan sudah bersetuju untuk menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Tunggulah, ia akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir esok,” katanya sambil mengakui ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati untuk bertanding di bawah logo-logo parti harapan.

Jelas, yang penting bagi DAP adalah pertarungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional,” tambah beliau lagi.

Pakatan Harapan tidak boleh menggunakan logo rasminya selepas permohonan ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana siasatan masih dijalankan ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang merupakan sebahagian daripada gabungan bersama PKR dan DAP serta Parti Amanah Negara. – MalaysiaGazette