Mahfuz Omar

ALOR SETAR – Pas perlu segera menyaman jika tidak mahu hilang sokongan pengundi, kata Datuk Mahfuz Omar yang membuat tuduhan kepada bekas partinya itu baru-baru ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu sebelum ini membuat tuduhan Pas menerima wang daripada UMNO dan menerima amaran daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat akan berdepan tindakan undang-undang kerana tuduhan tersebut.

“Beliau (Satiful) berkata sudah berbincang dengan peguam Lajnah Undang-Undang Terengganu bagi maksud tersebut.

“Pelik dan kelakar. Kenapa perlu tunggu selepas PRU14? ,” kata Mahfuz.

Sekiranya tidak segera diselesaikan kemelut tersebut, Mahfuz berkata ia akan menjadi modal politik paling besar dalam pilihan raya kali ini dan ia akan memberi kesan kepada Pas.

“Adakah Satiful sanggup membiarkan imej partinya dilihat buruk dengan menerima dana dari parti lain dan membiarkan Umno tersenyum gembira apabila Pas kalah dalam PRU14 nanti?,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette