Quek Leng Chan
Tan Sri Quek Leng Chan

KUALA LUMPUR- Tan Sri Quek Leng Chan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Guocoland (M) Bhd. berkuatkuasa serta merta disebabkan oleh rasionalisasi dan pengukuhan dalaman.

Dalam kenyataannya ke Bursa Malaysia, Guocoland  berkata, jawatan Leng Chan akan digantikan oleh pengarah bukan eksekutif, Choong Yee How.

Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Tan Sri Nik Mohamed Yaacob juga meletakkan jawatan selepas berkhidmat selama lebih 12 tahun bersama barisan ahli lembaga pengarah yang lain.

Len Chang yang juga merupakan orang kedua terkaya di Malaysia mengikut ranking Forbes 2018 adalah Pengerusi Eksekutif yang juga pengasas bersama Hong Leong Co. (Malaysia) yang mempunyai pelbagai perniagaan dalam bidang perbankan, hartanah dan makanan.-MalaysiaGazette