Anak buaya air tawar yang tiba dengan penerbangan kargo dari Malaysia.
Anak buaya air tawar yang tiba dengan penerbangan kargo dari Malaysia.

LONDON – Pegawai kastam Lapangan Terbang Heathrow merampas beberapa kotak mengandungi 50 ekor anak buaya yang akan dihantar ke sebuah ladang ternak di Cambridgeshire.

Haiwan tersebut dimuatkan dalam lima buah kotak kecil dan bergaduh sesama sendiri akibat ruang yang kecil, lapor The Telegraph.

Kakitangan kebajikan haiwan City of London Corporation menemui anak buaya air tawar itu semasa pemerikasaan rutin penghantaran semalam selepas haiwan tersebut tiba melalui penerbangan kargo dari Malaysia.

Mereka mendapati haiwan yang akan dibiakkan untuk mendapatkan daging di sebuah ladang ternak dekat Cambridge, dimuatkan dalam kotak dengan tidak mematuhi peraturan dan melaporkan perkara itu kepada pegawai khas daripada Pihak Berkuasa Sempadan mengenai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam (CITES).

Salah seekor buaya telah mati dan baki haiwan itu kini perlu diberikan kediaman.

Ketua Pihak Berkuasa Sempadan pasukan CITES, Grant Miller di Lapangan Terbang Heathrow, Grant Miller berkata: “Ia tidak dapat diterima apabila reptilia itu dipindahkan dengan cara ini,”.

“Buaya-buaya itu mula bergaduh sesama mereka semasa dalam penerbangan kerana ruang yang terhad, dengan sedikit perhatian berikan terhadap kebajikan mereka.

“Kita merampas sebarang yang bertentangan dengan peraturan CITES, oleh itu ini merupakan amaran kepada mereka yang mahu memindahkan haiwan liar dengan cara seperti ini,” katanya.

Setiap kotak yang sepatutnya mengandung empat ekor buaya telah diisi dengan 10 ekor haiwan tersebut. – MalaysiaGazette