KABUL – Seramai 30 orang kanak-kanak terbunuh dan 51 cedera dalam serangan udara Afghanistan bulan lepas di wilayah timur laut Kunduz, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerajaan berkata, selepas serangan pada 2 April lalu, serangan udara mensasarkan tokoh-tokoh kanan Taliban.

Siasatan oleh PBB mendapati enam orang dewasa juga telah terbunuh dalam serangan udara berhampiran sekolah agama, ketika majlis terbuka dijalankan.

Terdapat laporan yang “boleh dipercayai” jumlah kematian mungkin lebih tinggi, katanya.
.
Laporan itu berkata, beratus-ratus lelaki dan kanak-kanak lelaki yang menghadiri majlis di daerah Dasht-e Archi ketika diserang roket dan senjata dari beberapa helikopter.

Kerajaan Afghanistan berkata, 18 pemimpin kanan militan merancang untuk serangan telah maut dan menuduh Taliban bertanggungjawab menembak orang awam.

Bagaimanapun, Taliban menafikan pembabitan militan semasa serangan udara itu.

Tetapi ia mendakwa 200 orang awam maut dan cedera.

Misi Bantuan PBB di Afghanistan (Unama) mengatakan bahawa walaupun ia tidak dapat mengesahkan atau menolak penyertaan Taliban dalam serangan udara itu, ia menyoal sejauh mana pemerintah melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan lebih ramai orang awam terkorban.

Laporan itu menambah bahawa jumlah kematian kanak-kanak yang tinggi menimbulkan kebimbangan mengenai “penghormatan Afghanistan terhadap peraturan-peraturan pencegahan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa”. – MalaysiaGazette