BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada paras 3.25 peratus selepas mesyuarat tadi.

Katanya, walaupun pasaran kewangan tidak menentu disebabkan perkembangan luaran, pasaran kewangan Malaysia kekal kukuh.

Menurut Bank Negara, tinjauan masa hadapan ekonomi kekal positif manakala sektor kewangan kekal kukuh dan persekitaran monetari dan kewangan tetap menyokong pertumbuhan ekonomi pasca-pilihanraya.

“MPC akan terus memantau dan menilai tinjauan keseimbangan unjuran pertumbuhan domestik dan inflasi.

“Ekonomi global terus memiliki kekuatan dan pertumbuhan lebih luas dan seimbang,” katanya.

Bank Negara menjangkakan inflasi kekal sederhana tahun ini dengan jangkaan, ia hanya menerima kesan kecil daripada faktor kos global.

Kadar tukaran ringgit lebih kukuh berbanding 2017 akan meringankan kos import.-MalaysiaGazette