erdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan perhatian kepada soalan dari pengamal media pada Sidang Media Khas selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 10 MEI 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan perhatian kepada soalan dari pengamal media pada Sidang Media Khas selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 10 MEI 2018

PETALING JAYA – Kerajaan baharu Pakatan Harapan memberi jaminan untuk menumpukan perhatian terhadap hutang negara dan pengurusan kewangan. 

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, mereka mempunyai tenaga pakar  yang memyelesaikan isu hutang negara yang baginya tidak mustahil mencecah RM1 trilion. 

“Kita percaya kita akan dapat uruskan hutang negara kami ada beberapa orang yang pakar dalam hal seperti ini,” katanya ketika sidang media malam tadi.

Selain itu, mahathir mahu kerajaan Persekutuan di bawah petadbirannya mengkaji akta-akta yang tidak adil. 

“Kami berniat untuk mansuhkan akta-akta yang tidak adil dan yang menzalimi,” ujarnya lagi. 

Kes mahkamah Naib Presiden PKR,  Rafizi Ramli juga menurut Mahathir akan dikaji sama ada dakwaan yang dibuat mempunyai kepentingan politik semata-mata. 

Beliau selain itu turut menyuarakan kesediaannya untuk mendakwa mana-mana ahli politik daripada kerajaan yang terdahulu yang terbabit dalam salah laku. 

“Selain itu juga kami perlu lihat dari segi perundangan tentang mana-mana salah laku yang dilakukan oleh  kerajaan terdahulu,” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan akan mengenal pasti mana-mana ketua agensi kerajaan yang tidak layak untuk meneruskan tugas -MalaysiaGazette