Selepas 44 hari Pilihan Raya Umum ke-14 dilangsungkan, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bertindak mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional.
Dr. Noor Azmi

BAGAN SERAI –  Selepas 44 hari Pilihan Raya Umum ke-14 dilangsungkan, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bertindak mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam sidang media di sini, Noor Azmi memberitahu, keputusannya itu berkuatkuasa serta merta.

Beliau turut mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan pakatan harapan termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.