KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.25 sen seunit bagi Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018.
Setakat 31 Mei 2018, ASD merekodkan pendapatan bersih RM344.2 juta bagi 11 bulan pertama tahun kewangannya.
ASD akan membayar sebanyak RM360.7 juta sebagai pengagihan pendapatan kepada lebih 290,000 pemegang unit yang kini memegang 5.845 bilion unit, kata PNB dalam kenyataannya.
PNB juga mengumumkan agihan pendapatan ASN Equity 2 sebanyak 3.10 seunit.
Semua urus niaga untuk ASD dan ASN Equity 2 telah ditangguhkan mulai 27 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018 untuk pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui portal ASNB www.myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Julai 2018. – MalaysiaGazette
















