Ketua Pegawai Operasi Pos Laju, Azizi Mohamad Dahalan menerima anugerah Frost & Sullivan daripada {engarah Kanan, Sapan Agarwal.

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerima dua Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2018 dalam kategori perkhidmatan ekspres dan projek logistik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Al-Ishsal Ishak berkata, anugerah itu merupakan penghargaan terhadap kepercayaan jenama itu.

Sayap perniagaan Pos Malaysia – Pos Laju menerima Anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Malaysia 2018 manakala Pos Logistik pula memperoleh Anugerah Penyedia Perkhidmatan Projek Logistik malaysia 2018.

Ia merupakan rekod pencapaian Pos Malaysia yang menerima anugerah berkenaan kali kesembilan berturut-turut. – MalaysiaGazette