Gambar hiasan
Gambar hiasan

PARIS- Airbus masih gagal menyelesaikan isu berhubung tempahan bernilai berbillion dollar pesawat penumpang A330neo.

Menurut sumber, pengasas bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah melawat syarikat pembuat pesawat tersebut dengan hasrat untuk menambah tempahan namun pulang tanpa menandatangani apa-apa perjanjian.

Seorang sumber menyifatkan perbincangan tersebut sangat mencabar.

Urusniaga dengan anak syarikat AirAsia itu, AirAsia X adalah penting kepada keuntungan Airbus selepas ia mencatatkan kerugian akibat persaingan sengit dengan 787 Dreamliner keluaran Boeing.

AirAsia bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.- MalaysiaGazette