Kelapa sawit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Inventori minyak sawit diramal meningkat lima peratus kepada 2.3 juta tan dengan bekalan naik 1.69 juta tan bulan ini.

Kenanga Research dalam nota penyelidikannya berkata, pengeluaran sepatutnya kembali pulih sebanyak 23 peratus kepada 1.64 jta tan diikuti dengan pemulihan jumlah eksport sebanyak 18 peratus kepada 1.33 juta tan pada Julai.

Setakat akhir Jun, inventori minyak sawit Malaysia berada pada paras 2.19 juta tan dengan penurunan eksport sebanyak 13 peratus berbanding bulan lepas disebabkan penyusutan permintaan dari China.

“Kami menjangka trend ini akan menyebabkan harga minyak sawit mentah merosot pada separuh kedua 2018,” katanya.

Kenanga Research meramalkan harga minyak sawit mentah berada pada paras RM2,250 satu pada suku ketiga.-MalaysiaGazette