Askar-askar Afghanistan membawa mangsa yang cedera dalam serangan di lapangan terbang Kabul. foto Reuters

KABUL – Naib Presiden Afghanistan, Abdul Rashid Dostum berjaya menyelamatkan diri daripada serangan pengebom berani mati di lapangan terbang Kabul ketika beliau tiba selepas pulang dari Turki.

Abdul Rashid yang diusir dari negara itu lebih setahun lalu selepas didakwa memerintah orang-orangnya untuk menculik, melakukan penyeksaan dan merogol saingan politik pada 2017.

Dostum menafikan tuduhan tersebut dan memaklumkan pemergiannya ke Turki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan sebab-sebab keluarga.

Afghan Vice President Abdul Rashid Dostum arrives at the Hamid Karzai International Airport in Kabul
Abdul Rashid Dostum ketika tiba di lapangan terbang Kabul selepas hidup dalam buangan lebih setahun di Turki. foto Reuters

Pegawai-pegawai Afghanistan berkata, Dostum, seorang bekas panglima perang yang hebat, telah meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki motosikal hanya beberapa minit sebelum letupan berlaku di pintu masuk lapangan terbang.

Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 50 orang.

Dostum juga didakwa tidak mengalami sebarang kecederaan, kata jurucakapnya, Bashir Ahmad Tayanj.

Kumpulan IS melalui satu kenyataan mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu dengan mensasarkan orang ramai yang menyambut kepulangan Dostum.

Kementerian Dalam Negara berkata, mangsa-mangsa yang terbunuh termasuk orang awam dan anggota keselamatan.

“Letupan itu berlaku sebaik sahaja konvoi Dostum meninggalkan lapangan terbang, menurut polis Kabul.

Beratus-ratus penyokong Dostom telah berkumpul di pintu masuk lapangan terbang itu untuk menyambut kepulangannya. – MalaysiaGazette