SST

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat Isnin depan.

Usul menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dibuat pada minggu depan.

“Bukan minggu ni,saya rasa minggu depan. Kita juga masih menunggu perincian daripada Kementerian Kewangan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, bacaan pertama RUU itu perlu dibuat sebelum ia dilaksanakan pada 1 September ini.

GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015 akan dihapuskan kerana ia merupakan janji manifesto Pakatan Harapan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu.

Pelaksanaan GST sebanyak 6 peratus telah menjana sebanyak RM42 bilion dalam pendapatan negara.

SST dijangka dilaksanakan pada September ini dengan kadar 10 peratus bagi Cukai Jualan dan 6 peratus bagi perkhidmatan. – MalaysiaGazette