Yerry Mina
Yerry Mina

LONDON – Manchester United ibarat sebelah kaki untuk mendapatkan Yerry Mina ke Old Trafford kerana persetujuan dicapai secara praktikal.

Metro melaporkan, media Sepanyol mendakwa sudah bersedia untuk meninggalkan Barcelona pada musim panas ini selepas hanya memperkuat pasukan itu dalam enam perlawanan.

Pemain pertahanan itu menyertai Barcelona pada awal tahun ini namun dia mempamerkan prestasi cemerlang semasa memperkuat Colombia pada aksi Piala Dunia bulan lalu.

Susulan itu, beberapa kelab termasuk United tertarik untuk mendapatkan khidmatnya.

Lyon dan Everton turut berminat namun United dijangka menjadi Mina selepas kelab itu lebih serius dengan menghantar perunding, Matt Judge ke Sepanyol.

Mina dikatakan mempersetujui syarat dengan United dan dia kini hanya menunggu kelab gergasi England itu setuju yuran perpindahan dengan Barcelona.

Mina dan Barcelona mahu berunding dengan United dan Jose Mourinho sudah memberi lampu hijau berhubung perpindahan itu.

Barcelona menetapkan 35 juta pound sterling terhadap Mina dan perpindahan itu boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette