Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Pemecahan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengakibatkan autonomi entiti itu akan hilang, kata Datuk Seri Ahmad bin Maslan (Pontian – BN).

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu menambah, tindakan memecah-mecahkan entiti itu mengikut kategori pendidikan, perniagaan pada akhirnya akan mengakibatkan keberkesanannya terhadap Bumiputera hilang.

“Mara sebelum ini kekal satu institusi, kemudian ditukar kepada KKLW, Mara juga kekal sebagai satu entiti.

“Dalam kerajaan PH sekarang ini saya difahamkan Mara dipecah-pecahkan perniagaan kepada Hal Ehwal Ekonomi, pendidikan kepada Kementerian Pendidikan.

“Jadi saya ingin mengetahui kenapakah Mara perlu dipecah-pecahkan seumpama itu seolah-olah sengaja untuk dihilangkan autonominya menyebabkan Mara tidak lagi berkesan.

“Menyebabkan pendidikan dan keusahawanan sebagai agenda Bumiputera yang 68 peratus daripada penduduk negara ini akan diperkotak-katikkan apabila Mara dipecah-pecahkan sedemikian rupa,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Justeru beliau berharap agar Kementerian Kewangan menjelaskan kewajaran terhadap cadangan tersebut.

Ahmad Maslan sebelum itu menyindir ketiadaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalannya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu- PH) dalam Dewan Rakyat walaupun pada masa itu adalah sesi perbahasan melibatkan Rang Undang-undang Perbekalan (Peruntukan Semula untuk tahun 2018). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast