artis
Pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra mengumumkan secara rasmi pertunangan mereka di Mumbai, India.

MUMBAI -Penyanyi Amerika Syarikat, Nick Jonas dan buah hatinya, Priyanka Chopra mengumumkan pertunangan mereka selepas pasangan tersebut mengadakan majlis tradisional di Mumbai, India.

Priyanka yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik Miss World itu dilihat memakai sebentuk cincin berlian yang dikatakan dibeli oleh Nick di New York bulan lalu.

Dalam posting di Instagramnya, Nick memuat naik gambar mereka dengan kapsyen “Bakal Mrs Jonas. Hati dan Cinta saya”.

Manakala Priyanka pula memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen “Sudah diambil orang..dengan sepenuh jiwa dan raga.”

Pasangan tersebut masih belum mengumumkan tarikh pernikahan mereka lagi.-Agensi