TERKINI : Bertanding Cara Baik Bukan Cara Samseng – Calon MCA

Calon MCA, Tan Chee Teong tidak kisah sekiranya parti lawan hendak membuat laporan berhubung dakwaan terhadap pihak yang merosakkan bahan kempennya.

Menurut Chee Teong, beliau juga akan melakukan perkara sama bagi membuktikan dakwaannya itu.

“Saya sudah kata yang saya tidak mahu membuat laporan polis dan sebagainya berhubung perkara itu.

“Tetapi, sebagai sebuah negara demokrasi semua orang berhak untuk membuat laporan polis terhadap apa saja perkara.

“Saya cuma mahukan kita berkempen dengan mengikut amalan demokrasi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki yang mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berhubung dakwaan Chee Teong itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast