Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (tengah) ketika keluar selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 05 SEPTEMBER 2018
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (tengah) ketika keluar selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 05 SEPTEMBER 2018

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga hari ini.

Beliau yang tampil berbeza dengan jambang dan sedikit uzur itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abass Syed Ali pada pukul 3.33 petang tadi.

Pada sidang medianya, Musa mengucapkan terima kasih kepada speaker kerana membenarkannya mengangkat sumpah.

“Saya berterima kasih kepada Speaker Sabah kerana memahami keadaan kesihatan saya dan membenarkan saya memenuhi tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” ujarnya lagi.

MGF05092018_MUSA AMAN ANGKAT SUMPAH_02
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (duduk, tengah) bercakap pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 05 SEPTEMBER 2018

Dalam pada itu, Musa memberitahu, beliau bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa di Kuala Lumpur ekoran siasatan melibatkan dirinya baru-baru ini.

“Saya hendak tekan di sini saya bukan pelarian dan tak pernah niat melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia seperti yang tersebar di media-media sosial sebelum ini.

“Saya keluar negara kerana masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi dan ia boleh dibuktikan melalui laporan kesihatan daripada doktor merawat saya,” katanya lagi.

Sebelum itu, selepas jawatan Ketua Menteri Sabah diambialih oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Saya adalah anak pribumi Negeri Sabah yang selama ini telah memberikan khidmat bakti terhadap kawasan DUN yang saya wakili serta negeri Sabah yang saya cintai.

“Perjuangan dan khidmat kepada rakyat serta negeri ini akan tetap diteruskan dengan sedaya upaya saya.

“Insya Allah. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak, khususnya para penyokong saya, atas sokongan padu serta doa-doa yang tuan-tuan dan puan-puan berikan selama ini,” katanya.

Terdahulu, Musa disambut oleh ratusan penyokongnya sebaik sahaja tiba di Kota Kinabalu.- MalaysiaGazette

 

Musa Aman sudah ‘pulang’ Malaysia hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast