BEIJING – Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan 46 lagi cedera malam tadi selepas seorang lelaki bertindak merempuh pejalan kaki di Hengyang City.
Kejadian itu berlaku kira-kira 7.30 malam tadi.
Kerajaan China menyifatkan serangan itu berniat jahat dan lelaki berkenaan sudah pun ditahan.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak ada kena mengena dengan motif keganasan.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya tiga orang mangsa dalam keadaan serius.
Rakaman kejadian itu tular dilaman sosial dan beberapa klip video menunjukkan mayat-mayat yang bergelimpangan di kawasan itu.
Suasana cemas dengan orang menjerit dan menangis serta berlari meminta bantuan.
Akhbar People Daily melaporkan, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun. Namun namanya masih belum didedahkan. – MalaysiaGazette