KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram telah dilantik oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes terhadap peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Sri Ram dipercayai akan membantu kes pendakwaan berkaitan 1MDB secara pro bono atau percuma sejak bulan lepas.
Beliau juga sebelum ini dilantik menggantikan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kes terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan Muhammad Shafee di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) awal pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah jam 11 tadi.
Beliau yang juga merupakan peguam bela Najib sedang berdepan dengan dakwaan pengubahan wang haram (AMLA) dan rasuah. – MalaysiaGazette