Redoine Faid
Redoine Faid. foto Agensi

PARIS – Redoine Faid, gengster paling dikehendaki yang berjaya bolos dari penjara dengan menggunakan helikopter berjaya diberkas semula.

Dia ditahan di utara Paris dengan abangnya dan dua lelaki lain.

Faid, 46, yang merupakan peminat filem-filem gengster, kali pertama ditahan pada tahun 1998 kerana rompakan bersenjata.

Tindakannya memboloskan diri dari penjara pada 1 Julai lalu adalah kali kedua dan paling dramatik.

Dia berjaya meloloskan diri dari penjara di Reau, tenggara Paris dengan bantuan tiga lelaki bersenjata berat yang memasuki bilik pelawat.

Mereka kemudian menaiki sebuah helikopter yang diterbangkan oleh seorang juruterbang yang menjadi menjadi tebusan.

Faïd telah menjalani hukuman selama 25 tahun kerana terlibat dalam rompakan hingga mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh pada tahun 2010.

Dia ditangkap semula pada awal pagi Rabu di bandar Creil. – MalaysiaGazette